KUALA LUMPUR, 16 NOV: Satu kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Matambai dikesan di dua daerah di Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 16 NOV: Selangor mencatatkan sebanyak 150 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 35 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 15 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesan tiga lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan dua di Sabah dan satu di Johor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 15 NOV: Selangor mencatatkan sebanyak 185 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 15 kes berbanding semalam.
SHAH ALAM, 13 NOV: Selangor mencatatkan 174 kes baharu Covid-19 semalam, turun empat kes berbanding kelmarin.
PUTRAJAYA, 13 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuarakan kebimbangan pergerakan keluar masuk 6 juta rakyat di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, akan menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di negeri-negeri itu.
PUTRAJAYA, 10 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang boleh dipendekkan daripada empat kepada dua minggu jika lengkung jangkitan Covid-19 berjaya diratakan lebih awal.
PUTRAJAYA, 27 OKT: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri itu.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Sembilan lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di beberapa negeri hari ini, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 117, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
PUTRAJAYA, 23 OKT: Penjujukan genom virus Covid-19 membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perancangan untuk meningkatkan kesiapsiagaan menangani pandemik itu.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jangkitan lebih cepat dalam kontak rapat yang terdedah kepada kes positif Covid-19 di Sabah dan Kedah mungkin disebabkan virus itu daripada jenis mutasi D614G.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) belum bercadang membangunkan hospital sementara di Selangor seperti yang dibina di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), memandangkan kemudahan kesihatan sedia ada mencukupi untuk merawat kes Covid-19.
SHAH ALAM, 14 OKT: Sebanyak 660 kes baharu Covid-19 hari ini sama jumlah seperti semalam iaitu kedua tertinggi selepas merekodkan 691 kes pada 6 Oktober lalu menjadikan jumlah keseluruhan 17,540 kes.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Sebagai langkah kesiapsagaan menghadapi peningkatan kes Covid-19 di Sabah, Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan Hospital Kota Marudu sebagai satu lagi hospital untuk merawat jangkitan itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KOTA KINABALU, 11 OKT: Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di sini masih terus beroperasi, walaupun dua orang jururawatnya didapati positif Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 9 OKT: Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik Covid-19, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 7 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan dua lagi kluster baharu Covid-19 di Selangor dan Pulau Pinang.
SHAH ALAM, 6 OKT: Selangor terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila merekodkan 39 kes baharu hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 6 OKT: Dua lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Batu di Taiping, Perak dan Kluster Ramai-Ramai di Sandakan, Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 2 OKT: Dua kluster baharu dikesan di Selangor hari ini membabitkan saringan individu yang pulang dari Sabah, kata ketua pengarah kesihatan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.